Autonomi Lokot
Autonomi Lokot

Autonomi Lokot

Autonomi Lokot (Bahasa Rusia: Ло́котское самоуправле́ние) atau Republik Lokot (Bahasa Rusia: Ло́котская республика, Bahasa Jerman: Republik Lokot) meliputi wilayah semi-autonomi di Rusia Tengah taklukan Jerman Nazi dari tahun 1941 hingga 1943. Pentadbiran Bronislav Kaminski menguasai kawasan itu dari bulan Julai 1942 hingga Ogos 1943. Namanya berasal dari pusat pentadbiran wilayah tersebut, iaitu petempatan jenis bandar Lokot di Wilayah Oryol (kini terletak di Wilayah Bryansk)."Autonomi" merangkumi kawasan 8 raion (kini daerah Brasovsky, Dmitriyevsky, Dmitrovsky, Komarichsky, Navlinsky, Sevsky, Suzemsky dan Zheleznogorsky) sekarang dibahagikan antara Wilayah Bryansk, Oryol dan Kursk.[3] Pihak berkuasa Jerman menubuhkan Autonomi untuk dijadikan sebagai ujian bagi kerajaan kolaborator Rusia dibawah SS dalam Komisariat Reich Rantau Moscow yang dicadangkan (Bahasa Jerman: Reichskommissariat Moskowien).[4]